Hai, apa khabar? Lama blog ni terbiar begitu sahaja. Nasib baik masih ingat password lagi >.<
Jom cakap pasal gigi bongsu. Actually, aku start sakit time mula2 gigi tu buat base time zaman belajar lagi. Maybe dlm 2010/2011/2012? Hahaha bertahun2 gak la, tp gigi tu fully tumbuh dlm tahun 2015? Dia tumbuh sekaligus 4 full growth. Yg base aku maksudkan tu mula2 gigi bawah kanan, pastu gigi bawah kiri pulak. Macam2 kan gigi ni. Yg tetiba tumbuh sekaligus tu gigi atas kiri & kanan. So far, gigi atas takde hal sebab pernah cabut 2 gigi sebelum ni.
Nak tau tak apa yang mengejutkan? End up gigi bawah kiri dan kanan tu sebenarnya baru geraham ke-2. OMG!!! Dan gigi bongsu sebenar aka gigi geraham ke-3 tu dlm gusi lg, dan dia tumbuh horizontally (90 darjah) sebab takde ruang. Tu pun start tahu tahun ni (2017) sebab gigi kanan sakit. Sebab gigi bongsu tu keluar dan menghimpit gigi geraham ke-2 tu.
Source: Google Images |
Pergi klinik, dan dia nasihatkan supaya buat x-ray untuk tengok gigi kiri ada tak dalam gusi. End up, aku ada gigi bongsu, masih terbenam dalam gusi secara horizontal hmm. Jadi, korang dinasihatkan untuk buat x-ray la untuk check samada gigi korang tu da fully tumbuh belum sebelum terlambat macam aku :(
Pergi 2 klinik time gigi bongsu kanan tu sakit. Ada satu tu cakap dengan aku tkperlu operate pun takpe, just cabut gigi geraham ke-2 tu. Aku time tu tengah sakit iakan jela, asal tak ganggu hidup aku lagi. So, seminggu kemudian datang and cabut gigi tu. So,gigi bongsu tu boleh tumbuh dengan aman, tapi akar dia horizontal la.
Pergi another klinik lagi tanya pasal gigi bongsu kiri. Dia marah aku sebab cabut gigi geraham ke-2. Aku time pergi dulu tak study pape pasal gigi, just fikir nk hilangkan sakit je :(
Kalini, dia cakap suruh operate gigi bongsu tu. Kalini, aku on je operate. Harap2 dipermudahkan operation aku. Amin.
Nanti, kalau aku okay, aku akan post pasal operation gigi bongsu aku. Gigi korang patutnya ada total 16 atas and 16 bawah (kalau korang takde buat cabutan dekat gigi kekal la). Jadi, kiralah gigi anda :)
Source: Google Image |
No comments:
Post a Comment