Thursday, September 22, 2016

Perjalanan selepas habis degree

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Kepada yang dah habis degree, mesti confuse kan samada nak sambung master ataupun nak bekerja dulu. Yang penting, master ada 2 intake setiap tahun, bulan 2 dan bulan 9. Tapi untuk setiap intake tu, deadline dia 3 bulan sebelum intake. Contohnya, deadline untuk intake bulan 2 ialah bulan 11 tahun sebelum tu. Kalau tak faham lagi, korang boleh la start Google pasal info master ni.

Option terakhir bagi aku ialah, kau apply je dua-dua, kalau memang tak dapat offer kerja, offer master tu kau ambik dan sambung. Bagi yang dah dapat kerja tu, fikir masak-masak la nak kerja or sambung master dulu. Tapi, keputusan untuk pilih tu susah sebab ekonomi makin merudum. Nak kerja, tapi biasanya selalu tak relate dengan course ambik. Maybe employer cut cost nak hire orang yang fresh graduate kut, tu yang tipis je peluang kerja. Tapi, kalau sambung belajar, kena buat pinjaman pembelajaran lagi. Biasiswa MyBrain tu kan ada, try la apply.At least, ada sumber untuk bayar kos pengajian.

Apapun, even aku pun masih taktau patut ambil yang mana. Last sekali, solat istikharah la bagi yang Muslim. Sekian.