Wednesday, October 30, 2013

Novel RM10 satu??!

Assalamualaikum,

Terperanjat harga novel RM10 satu? Sebenarnya KakiNovel menawarkan harga promosi iaitu RM10 sahaja untuk novel-novel yg terpilih. Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang anda!




1. KAULAH SATU (TIADA STOK)
Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.

Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.

Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???

Apa lagi yang ditunggu pesan laa sekarang…kang habis!!!! tak rugi jika membeli novel ini yang penuh dengan konflik dan adegan yang suspen…sekian
2. KUINTAI CINTA DI DALAM RAHSIA (TIADA STOK)
Novel ini banyak berkisarkan antara cinta dan dendam manusia. Kerana dendam ia membawa padah dan kemungkinan dendam juga membawa kebahagiaan tapi bagaimanakah kita dapat mengubah dendam membawa kebahagiaan?

Kerana dendam…Puan Elisha tegar melampaui batas-batas perundangan asalkan hatinya puas.

Kerana dendam… Iman Farhan memasang perangkap untuk Yee-Ren atas nama persahabatan.

Kerana dendam… Puan Elisha kembali menghantui kehidupan Yee-Ren.

Kerana dendam… Bolehkah dua hati bersatu?
3. KASIH PUN BERSATU
Kasih Pun Bersatu… karya terbaharu Izza Aripin ini menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.

Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.

Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.
Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….

Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?
4. IZINKAN MIMPI BERULANG
“Sebuah kisah tentang bagaimana seorang Fatimah mengharungi luka kehidupannya. Dengan percaya bahawa kesedihan itu adalah suatu seni kehidupan, dan kebahagian itu adalah fajar baru, dia membuka pintu hatinya untuk mengizinkan segala mimpi berulang kembali. Kembali menikmati sebuah kehidupan, sebuah percintaan.”
5. BAHANG SELATAN (TIADA STOK)
Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disurui sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku……
6. JAUHARI HATIKU
Nur Farisa Othman… gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional.

Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam.

Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus

Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun… berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya?
7. HADIRMU TAKDIRKU (TIADA STOK)
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
8. MENCARI JALAN KE SYURGA
Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza. 
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.
9. YOU NI AYAT AYAT JIWA
Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati saling terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.
Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa. – Ery Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yang menusuk kalbu. Di sini bermain di mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi. - Yun
Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.
10. CINTA SEINDAH MADAH
“Aku mencintai Asmawi…Bagaikan aku memiliki pelangi. Tanpa aku sedari, pelangi mengundang tsunami di hati.
Mengenali Reshidi…Rasa kasih menjelma kembali. Digagahi hati…cuba menafi…kerana Reshidi masih beristeri.
Onak melilit hidupku. Duri menodok hatiku.
Namun kerana kejora hati. ‘Atim’ amanah Ilahi. Aku bangun menggagahi diri. Tekad di hati. Cahaya akan kuburudan kucari. Bukan lagi pelangi atau tsunami…”

Berjayakah Sharina?
11. BILA CINTA
Fatin;
Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.

(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?)

Hafez Azfar;
Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez,  kalau benar aku menjadi penghalang.

(Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.)

Haikal Azlan;
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?

(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?)
12.KIRIMKAN AKU MALAIKATMU
Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.
Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.
Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.
Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.
Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit  di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.
Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?
Bacalah KIRIMKAN AKU MALAIKATMU....
13. INGIN KUSENTUH CINTAMU
Ingin Kusentuh Cintamu… karya sulung penulis baru, Aryanie Ismail ini mengisahkan “adventure” perjalanan hidup Haniza yang secara tidak sengaja terheret ke dalam kancah perebutan harta keluarga Amanda, si kecil yang masih mentah mengharungi pancaroba kehidupan. 

Dia yang telah diwasiatkan oleh arwah Ratna (ibu Amanda)untuk menemukan Amanda dengan bapa saudara yang telah lama terputus hubungan, iaitu Iskandar rela melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai guru semata-mata untuk memastikan keselamatan Amanda terjamin. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi dengan satu syarat: Haniza WAJIB tinggal sebumbung dengan Iskandar kerana pemuda itu terlalu sibuk dengan kerjayanya dan tidak betah meladeni Amanda. 

Haniza yang sayangkan Amanda rela dalam terpaksa bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Iskandar, lelaki berhati batu pada pandangannya. Iskandar pula terpaksa bersikap dingin dengan Amanda dan Haniza kerana dia tidak mahu merasai betapa sakitnya jika kehilangan orang yang disayangi. 

Dalam masa yang sama, Iskandar terpaksa berhadapan dengan Fairuz – adiknya yang ingin membolot kesemua harta Amanda. Dapatkah Iskandar menjamin keselamatan Amanda yang disayangi dan Haniza yang telah berjaya mencuri hatinya? Berjayakah Iskandar mencari bukti pembunuhan bapa Amanda, yang juga abangnya? Siapa yang membunuh bapa Amanda? 

INGIN KUSENTUH CINTAMU bakal membawa anda ke alam cinta yang menggetarkan jiwa….
14. AKU DIA DAN .COM
Angelberry yang menuntut di UiTM Kedah mula berkenalan dengan seseorang yang bergelar Takuya, yang juga belajar di tempat yang sama. Namun, hanya Angelberry yang mengetahui situasi yang sebenar. Mulai saat itu, Angelberry ingin mengetahui siapakah Takuya yang sebenarnya. Persoalan yang terjawab membuatkan Angelberry berpuas hati tetapi kerana sikap Takuya yang masih berterusan menghubungi Angelberry membuatkan Angelberry mula menyimpan syak wasangka. Ini kerana Takuya sudah pun mempunyai hubungan dengan kawan baik Angelberry sendiri iaitu Fazura.

Persoalan demi persoalan mulai timbul sehingga menemukan Angelberry dengan Mohd. Hakimi. Masingmasing saling memendam rasa sehingga wujudnya sengketa.

Di alam siber, Yutaka pula mucul mencuri perhatian. An-nur yang dikenali di dunia maya juga memberikan semangat dalam kehidupan seharian. Kehadiran jejaka yang bergelar Luqman mungkinkah menjadi satu penawar?

Lalu, bagaimana dengan Takuya? Siapakah dia yang sebenarnya? Dapatkah Angelberry mengetahui siapakah lelaki tersebut? Adakah orang yang sama berkongsi nama dengan Si Yutaka? Dan Mohd. Hakimi masih memendam rasa….

“Kalau dah suka, katakan saja!”
15. SESUCI KASIH SEORANG ISTERI
Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?
16. QANTAN BIRU LANGIT
Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte. 

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu juga dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja di dalam hidupnya. 

Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang ‘dingin beku’ orangnya atau mungkin juga Rafael Vivarte yang mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan. 

Dapatkannya di pasaran untuk mengetahui siapakah lelaki terbaik Malaysia yang menjadi pilihan hati Qantan Biru Langit.
17. LOVIN YOU
Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.
Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?
18.  SEANDAINYA
Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki
19.PELUKAN CINTA
Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.
20. SISA SEBUAH CINTA
Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?
21.KERANA SEBUAH JANJI
Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?

**SEMENTARA STOK MASIH ADA

Penghantaran pos laju adalah PERCUMA!
Promosi bermula pada 1 Oktober 2013 sehingga 31 Oktober 2013.
Jangan lepaskan peluang anda !
Untuk melihat sinopsis novel boleh klik link:

Wordless Wednesday #1